yg taksub kebanyakan adalah golongan yg bwh2 ni..pemimpin depa hanya trigger je…yg bawah ni lebih2..

kalau baca portal berita http://www.malaysiakini.com, mmg pelik..bila ada berita yg buruk tentang current govt, mesti keluar komen2 yg teruk pada kerajaan..kalau berita yg  baik tentang kerajaan keluar, kerajaan kena hentam juga..seolah-olah kerajaan sekarang ni langsung tak pernah buat kebaikan..

taksub politik dikalangan orang bawahan ni lebih merujuk kepada ketaksuban sesorang itu kepada pemimpin sesebuah organisasi tersebut..ketaksuban membuta tuli sehinggakan semua yg tak baik yang dilakukan oleh pemimpin tersebut dianggap fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak lawan..ini adalah petanda yang tidak sihat kepada padang politik di negara kita..kenapa? sebab pemimpin sesebuah organisasi akan datang dan pergi..yang paling penting adalah roh perjuangan parti tu sendiri yg perlu di hayati..

taksub politik ni juga boleh mengubah persepsi kita terhadap seseorang dalam sekelip mata sahaja..sebagai contoh, ada seorang perempuan yang mempunyai latar belakang agama yg agak baik..bertudung labuh, berjubah..banyak menghafaz al-Quran..mempunyai seorang suami yang sungguh alim..tetapi oleh kerana ketaksuban beliau kepada sesetengah pemimpin dan pegangan politik beliau, ayat-ayat yang diutara oleh beliau di laman sosial langsung tidak mencerminkan “kealiman”, ketinggian budi, dan lemah lembut sebagai seorang perempuan..kadang-kadang boleh mendatang perasaan jelik terhadap sikap beliau..

taksub politik tidak sepatutnya menghalalkan kita untuk mengutuk, mencaci, atau merendahkan martabat atau peribadi seseorang yang lain. hatta jika kita ini “die hard fan” sekalipun kepada sesetengah pemimpin atau parti politik, kita perlu sentiasa ingat bahawa kita ini masih sorang yang berakal dan mampu berfikir..adalah lebih baik jika kita menggunakan bahasa yang indah dan berhikmah dalam berceramah, mengeluarkan komentar di laman sosial hatta mempertahankan diri dari serangan pihak lawan sekalipun..ini baru mencerminkan ketinggian peribadi, keluhuran budi dan keikhlasan mereka dalam menegakkan apa yang diperjuangkan..seterusnya akan meraih penghormatan yang tinggi dari semua pihak..

taksub politik tidak seharusnya menjadi kayu pengukur dalam setiap pertimbangan yang kita buat..jika ini berlaku, kita pastinya akan membuat kesilapan ketika membuat keputusan..sebagai seorang rakyat, kita perlu fahan akan konsep demokrasi..jika sesebuah kerajaan itu telah dipilih, kita perlu menyokong dasar yang dicanang yang mampu menjadikan hidup kita sebagai pengundi ini lebih baik dan berkualiti.. sama-sama menyokong kerajaan menghadapi serangan anasir-anasir luar yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran negara kita..bukan kita mengampu, melobi dan membantu pihak luar manghancurkan negara kita..jika kita banyak tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedia ada, gunakanlah sebaiknya peluang etika pilihanraya untuk menukar kerajaan secara aman..dan kepada pihak yang tewas, masa untuk turun gelanggang sudah tamat..kita perlu berganding bahu dan bekerjasama untuk memajukan negara..jika kita terus berpolitik, seolah-olah bak kata pepatah, rumah siap tetapi pahat masih berbunyi..pastinya kita akan bosan menghadap koran setiap hari..

kesimpulannya..perlulah berpada-pada untuk taksu kepada politik..sesungguhnya bersederhana itu lebih baik..