You are currently browsing the monthly archive for September 2011.

planning memang nak beli rumah lagi..so far under my name sudah ada 2 rumah..both landed house..double storey house & double storey duplex house (corner lot). satu saya punya rumah another 1 maybe abah dengan mak akan duduk sana..tp since banyak org advise property investment is the best investment, itu yang bercadang mahu beli satu lagi rumah untuk pelaburan.

sudah attach dengan satu agent nih..rumah di kawasan damansara perdana..berharga RM350k and ready tenant..monthly rental roughly dalam RM2k dan monthly installment dalam RM 1.4k..oleh itu saya akan dapat la bulanan dalam RM600..sound great since monthly selagi ada tenant, sy akan terus menerus dapat dalam RM600..ok..cukup berangan…hehe..

tetapi, tahukan kita prosedur membeli rumah sub-sale ni? susah ke senang? lebih susah dari membeli rumah baru kah? haa…semasa saya menyuarakan hasrat untuk mencari sebuah rumah lagi kepada agent yang amat boleh dipercayai ini, saya langsung tidah tau macam mana proses pembelian rumah sub-sale..selepas terlepas cakap tu lah baru start study apa itu sub-sale house purchase..baru la padan muka..mane nak cekau down payment haha..

to be continued…

 

yg taksub kebanyakan adalah golongan yg bwh2 ni..pemimpin depa hanya trigger je…yg bawah ni lebih2..

kalau baca portal berita http://www.malaysiakini.com, mmg pelik..bila ada berita yg buruk tentang current govt, mesti keluar komen2 yg teruk pada kerajaan..kalau berita yg  baik tentang kerajaan keluar, kerajaan kena hentam juga..seolah-olah kerajaan sekarang ni langsung tak pernah buat kebaikan..

taksub politik dikalangan orang bawahan ni lebih merujuk kepada ketaksuban sesorang itu kepada pemimpin sesebuah organisasi tersebut..ketaksuban membuta tuli sehinggakan semua yg tak baik yang dilakukan oleh pemimpin tersebut dianggap fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak lawan..ini adalah petanda yang tidak sihat kepada padang politik di negara kita..kenapa? sebab pemimpin sesebuah organisasi akan datang dan pergi..yang paling penting adalah roh perjuangan parti tu sendiri yg perlu di hayati..

taksub politik ni juga boleh mengubah persepsi kita terhadap seseorang dalam sekelip mata sahaja..sebagai contoh, ada seorang perempuan yang mempunyai latar belakang agama yg agak baik..bertudung labuh, berjubah..banyak menghafaz al-Quran..mempunyai seorang suami yang sungguh alim..tetapi oleh kerana ketaksuban beliau kepada sesetengah pemimpin dan pegangan politik beliau, ayat-ayat yang diutara oleh beliau di laman sosial langsung tidak mencerminkan “kealiman”, ketinggian budi, dan lemah lembut sebagai seorang perempuan..kadang-kadang boleh mendatang perasaan jelik terhadap sikap beliau..

taksub politik tidak sepatutnya menghalalkan kita untuk mengutuk, mencaci, atau merendahkan martabat atau peribadi seseorang yang lain. hatta jika kita ini “die hard fan” sekalipun kepada sesetengah pemimpin atau parti politik, kita perlu sentiasa ingat bahawa kita ini masih sorang yang berakal dan mampu berfikir..adalah lebih baik jika kita menggunakan bahasa yang indah dan berhikmah dalam berceramah, mengeluarkan komentar di laman sosial hatta mempertahankan diri dari serangan pihak lawan sekalipun..ini baru mencerminkan ketinggian peribadi, keluhuran budi dan keikhlasan mereka dalam menegakkan apa yang diperjuangkan..seterusnya akan meraih penghormatan yang tinggi dari semua pihak..

taksub politik tidak seharusnya menjadi kayu pengukur dalam setiap pertimbangan yang kita buat..jika ini berlaku, kita pastinya akan membuat kesilapan ketika membuat keputusan..sebagai seorang rakyat, kita perlu fahan akan konsep demokrasi..jika sesebuah kerajaan itu telah dipilih, kita perlu menyokong dasar yang dicanang yang mampu menjadikan hidup kita sebagai pengundi ini lebih baik dan berkualiti.. sama-sama menyokong kerajaan menghadapi serangan anasir-anasir luar yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran negara kita..bukan kita mengampu, melobi dan membantu pihak luar manghancurkan negara kita..jika kita banyak tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedia ada, gunakanlah sebaiknya peluang etika pilihanraya untuk menukar kerajaan secara aman..dan kepada pihak yang tewas, masa untuk turun gelanggang sudah tamat..kita perlu berganding bahu dan bekerjasama untuk memajukan negara..jika kita terus berpolitik, seolah-olah bak kata pepatah, rumah siap tetapi pahat masih berbunyi..pastinya kita akan bosan menghadap koran setiap hari..

kesimpulannya..perlulah berpada-pada untuk taksu kepada politik..sesungguhnya bersederhana itu lebih baik..

 

 

di sini saya ingin mengumumkan, tiada open house untuk rumah saya tahun ini..rumah saya akan ditutup untuk proses pengubahsuaian di tingkat atas dan rewiring untuk beberapa tempat di dalam rumah..

stage sekarang – masih mencari2 kontraktor. walaupun calon fav sudah ada, saya masih belum memanggil mereka untuk ditemubual aka mintak quotation.

perkara yang mau di buat – pecah tembok batu. mau ganti dgn tempered glass @ wrought iron..tu pn linie kena decide.  cat balik dinding tertentu dengan warna purple plum. pasang tv cabinet seperti yg pn linie mau. yg penting warna putih glossy. buat rewiring elektrik balik utk beberapa tpt. buat book rack/meja study yg rare. tokay didi, tolong bg harga kawan2 ek..

bajet – 6k..cukup ke haha

Blog Hits

  • 22,799 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

pick your date

September 2011
M T W T F S S
« Mar   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930