Kali ni kita fokus pada area Shah Alam… iaitu di sekitar UITM… kenapa UITM???.. sebab ia merupakan antara sebab yang mempengaruhi pembangunan di sekitar area Shah Alam…

Di sekitar tahun 2000 dahulu kalo tak silap aku… kawasan yang pesat membangun adalah seksyen 2… sebab masa tu pintu utama UITM adalah menghala ke seksyen 2… dengan medan selera yg sentiasa padat dengan student2 UITM… masa tu rasanya seksyen 7 masih lagi tidak dibangunkan… yang merupakan pintu belakang UITM….

Setelah pintu belakang UITM ni siap sepenuhnya… akses yg lebih mudah dr Federal highway… kita dapat lihat seksyen 7 pesat membangun macam cendawan  yg tumbuh lepas hujan… kini kalo kita tanya orang pasal nak beli rumah kat seksyen 7.. pasti nya oarang akan cakap… ” huh… area tu mahal la… payah nak dapat harga murah… “…
Apa dah jadi dengan seksyen 2??.. agak sepi kan….

Sekarang kita lihat pula senario kat UITM Puncak Alam… dan mesti korang perasan pasal harga hartanah kat Puncak Alam dah pon naik… tidak seperti sebelum ini… tiada pelabur yang sudi membeli… bank2 pon tanak kasi loan untuk hartanah kat area tu… rumah2 yg tiada penghuni melambak2…

Kini.. Puncak Alam dah mula dapat perhatian… yang prospek penyewanya adalah student UITM… dan nak dapat rumah yg murah2 pon dah payah… dah ada McD… Econsave… huhu.. rugi tak beli dulu masa murah2…. hahaha….

Mengikut cerita kawan aku… kini projek pintu belakang UITM Puncak Alam tengah dibuat… kat mana??.. katanya menghala ke Bandar Saujana Utama… huhuhu… yang mana.. kalo korang tengok peta… Saujana Utama ni lebih hampir dengan Pusat Bandar berbanding Puncak Alam… Dan harga hartanah di Saujana Utama ni… masih lagi dalam level mampu milik….

Persoalannya.. adakah senario Seksyen 2 dan 7 akan berlaku di situ?.. huhuhu… Terpulang pada korang pulak untuk buat kajian…

Itu saja untuk kali ini…

p/s: cerita ni merupakan kajian  je… jangan ambil serius sangat….. buat kajian sendiri… pastikan korang tahu apa yang korang buat.. jangan ikut cakap orang je…
Apa2 yang silap dalam cerita diatas.. tolong betulkan…