dah lama nk try berbekam nih..sbb rase mcm best je..ramai yg cakap pas berbekam, kite akan rase ringan je..tp ngeri gak biler tgk bdn kena cucuk, darah keluar..sakit ke…ape rase bile kena cucuk tu…mcm2 lagi lah..

so wat la survey sket pasal bekam ni..tgk ader mcm2 cara..ader guna cup, ader guna tanduk kerbau..guna buluh pun ader..ader yg keluarkan darah daripada badan guna jarum, ader yg toreh guna pisau gillet (pisau cukur), guna pisau pun ada..based web bekam sunnah, http://www.bekamsunnah.com toreh guna pisau akan lebih byk mengeluarkan darah kotor…

tp bile mengenangkan harga..1 cup almost RM20…hu hu…mahal tuh…kalo pasang 5 cup kat badan mau RM100. Cuba tgk bape cup yg pasang kt bwh ni..dan cuba teka bape kena bayar…

ahaa…tukang bekam tu aku tak ingat dah nama dia..aku panggil abang A je lah ek..dia kate..tak payah bayar lah…aku siap dah soh wife gi withdraw duit dah sbb dlm wallet ader RM100 je..tu baru kat badan..yg kat pinggang tak wat lagi..bayangkan kalo aku wat kat kedai2 biase..mau kat 1/4 gaji dah abes.. satu perkara yg dia yg aku respect kat abang A nih, b4 wat bekam dia tanya, awak sakit aper? dia tak tanya bape cup nak wat..mcm dikedai2 biase tu..based dr sakit yg kite ada dia akan estimate kat ne titik nak pasang cup..dan bape cup yg perlu…

ok..kite tgk lah sket ape kelebihan berbekam nih..

TAKRIF BERBEKAM
-Bekam dalam istilah melayu membawa maksud pelepasan, dalam bahasa arab dikenali sebagai “AL-HIJAMAH” iaitu kaedah pembersihan darah-darah angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

TUJUAN UTAMA BERBEKAM
* Untuk membuang keracunan dalam badan.
*Memulihkan saraf-saraf & 0rgan-0rgan dalam badan.
*Membetulkan system badan.
*Memudahkan pengaliran oksigen.

FAEDAH & KEPENTINGAN
1. Bekam menahankan penyakit yg dihadapi serta diamalkan oleh Rasullullah s.a.w
– Berfungsi untuk melancarkan darah.
– Tempat & kawasan utama untuk bekam adalah dileher, belakang telinga & bahagian tulang belakang badan (spinal cord)
2. Bekaman secara bertempat mengikut kawasan tertentu adalah bertujuan untuk merawat penyakit yg dihadapi.

SYARAT-SYARAT SEBELUM BERBEKAM
1. Tidak boleh makan antara 2 & 3 jam sebelum berbekam.
2. Bersihkan diri.
3. Tidak boleh membuat kerja yang berat sebelum berbekam selama 24 jam.


SYARAT-SYARAT SELEPAS BERBEKAM
1. Digalakkan meminum jus @ minuman kecuali jika ada kencing manis.
2. Digalakkan mandi air suam @ air sejuk.
3. Istirehat & tidur secukupnya.
4. Kurangkan minuman koffin dan merokok
5. Makan sekurang-kurangnya selepas 1 jam.
6. Tidak boleh berjimak / bersetubuh sekurang-kurangnya 2 @ 3 hari.
‘SYARAT INI PENTING UNTUK KESAN YANG LEBIH BAIK’


Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sebaik-baik perubatan yang kamu guna untuk berubat adalah  berbekam atau berbekam adalah ubat yang paling baik bagi kamu"