my fav team of course England. walaupun england recent performance tak  la bape ok..i still hope england able to compete in this world cup. setelah beberapa world cup tersungkur di quarter final..kt bwh list 5 negara yg aku rase bole mng world cup kali ni.

1. brazil – brazil never win world cup in europe. all 5 championship they won so far when they played outside europe. even line up brazil kali ni without some big names such as ronaldinho, ronaldo, adriano..but they still one of the strongest team in this world cup.

2. england – sejak england di bwh tunjuk ajar mr fabio capello, ada byk peningkatan. boleh dikatakan team kali amat berpotensi untuk menang world cup. dengan barisan pemain bg semua posisi boleh dikatakan berkelas dunia kecuali penjaga gol, cabaran england tidak boleh dipandang rendah. jika semua pemain england dapat menunjukkan permainan sebenar mereka seperti ketika di kelab, tanpa ragu2, england boleh memenangi world cup buat kali kedua..dan mungkin juga peluang england utk menjadi host world cup 2018 menjadi bertambah cerah.

3. sepanyol – sepanyol telah membuktikan kata2 yang mereka tidak akan menyerlah ketika kejohanan besar sudah berjaya dilenyapkan ketika mereka menggondol kejohanan piala eropah 2008. dengan barisan pemain seperti david villa, david silva, fernando torres, sergio ramos, xavi, inniesta, mereka boleh dikatakan sebuah pasukan yang amat mantap. mereka juga semestinya mahu menyamai rekod perancis yang mana berjaya memenangi kejohanan eropah dan world cup berturut2.

4. france – walaupun mereka layak ke pusingan akhir world cup dengan cara yang amat menyeksakan – sehingga perlu mengharungi pusingan play-off, dan layak berdasarkan gol ehsan tangan henry, france pada dasarnya masih sebuah pasukan pencabar yang perlu diberi perhatian. lihat sahajalah walaupun mereka menjadi pasukan pertama sebagai juara bertahan yang tewas ketika pusingan pertama world cup 2002, namun mereka berjaya menjadi finalis ketika world cup 2006 di jerman. mampukah france bermain dengan cemerlang tanpa inspirasi zinadine zidan? sama2 kita saksikan..

5. belanda – menjadi pasukan pertama dari zon eropah yang berjaya ke pusingan akhir world cup kali ini.  belanda yang terkenal dengan permainan total football dikatakan mampu mencabar kejuaraan kali ini..walaupun tanpa dibarisi penyerang prolifik yang bermain dengan cemerlang di hamburg ruud van nistelrooy, tetapi dengan kebijaksanaan jurulatih the oranje, marco van basten di harap mampu meranapkan impian pasukan lain untuk merangkul world cup kali ini.