sedap.. —> my wife yg cakap. senang dan cepat untuk disediakan..


Bahan-bahan (secukup rasa)

  1. Spageti
  2. Sos spageti segera (jenama ikut bajet)
  3. Daging hancur
  4. Cendawan butang
  5. Minyak masak
  6. Bawang putih (4 ulas)
  7. Air rebusan spageti (1/2 cawan)


Spageti

Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk. Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan satu sudu kecil garam. Masukkan spageti dah biar sehingga kembang (approx 13min). Selepas itu tos kan air dan bilas dengan air sejuk.

Sos

Tumis bawang putih sehingga wangi..masukkan daging hancur. Masak sehingga garing. Masukkan sos spageti. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan cendawan butang dan biarkan sehingga sos mendidih.Sedia dihidang..