You are currently browsing the monthly archive for February 2010.

planning weekend nih..

1. 11.00am berkumpul di RNR sg buloh menghala ke utara..bersama faezah dan tunang ke kenduri ina twins.

2. abes kenduri dr tg malim bercita-cita balik umah atok di sg besar..ikut jln hulu bernam – sg panjang – sg besar.. wa pon tak pernah malalui jalan itu..

3. tido semalam di sg besar berangkat ke shah alam..utk kenduri my wife’s friend..

4. persoalan yg bermain-main di fikiran..adakah aku mau pi balik kg di sungai besar? mls nyer…aku mau tros balik ke kl dan tidur..

5. tp sure atok berkata2..dok dekat pon tak pnh balik kg hahaha..cucu apekah ini?

6. kg ku best..ade sawah padi, pokok kelapa, dekat dgn laut (5min gak la nek moto), leh mancing ikan puyu..tp astro, streamyx, tv yg clear tak de lah..

7. kalo balik ke tekam (umah parent), best la gak..

8. in future kalo dpt jumpa atok pon mase kawin wani lah.. huhu..

9. kesimpulan nyer = tg malim – kl – shah alam (exclude sg besar)

10. tp kalo angah ngan uda nak balik ptg sok..wa nak follow gak lah…….

Advertisements

ini bukan blog org perempuan.. tetapi sebagai suami yg prihatin akan perubahan tanda2 pada isteri tersayang, kite perlu amik tau la gak kan..ni ada 10 tanda2 awal kehamilan..ader la beberapa tanda skang ni kat wife..tp takut false alarm lagi lah hehe..tak pe.. sabar menanti nih..

10 Tanda Hamil

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. MERASA TAK BERMAYA

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA ARI-ARI

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. RASA LOYA DAN MUNTAH

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. SUSU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. MISSED PERIOD

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan Tahniah!

Blog dulu dah mati..sbb aku mmg malas nak tulis blog..tapi sejak ada broadband streamyx dipasang kat umah ni, meluap-luap pulak nak menulis blog..so welcome to the blog again lah..hope this will be lasting forever hehe..

Blog Hits

  • 20,955 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

pick your date

February 2010
M T W T F S S
    Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728