Ada bermacam-macam jenis gigi palsu yang boleh dibuat. Semua ini bergantung kepada bajet seseorang.  Tentulah gigi palsu yang paling bagus harganya paling mahal. Di sini saya akan ceritakan tentang jenis-jenis gigi palsu yang ada dan juga proses rawatannya.

1. Gigi Palsu Plastik

Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, gigi palsu plastik adalah pilihan yang paling tepat. Gigi palsu ini boleh menggantikan dari sebatang gigi sehingga berapa banyak gigi pun boleh.

kebaikan :

  • murah
  • tidak perlu membuat apa-apa perubahan kepada gigi lain
  • boleh digunakan untuk menguyah makanan tetapi makanan yang liat susah juga untuk putus.
  • jika kena warna dan bentuknya, boleh nampak macam gigi betul

keburukan:

  • ia dibuat dari plastik jadi jika jatuh boleh patah
  • kena buka pada waktu malam dan direndam dalam air
  • tapaknya besar jadi tidak selesa semasa mula memakainya tetapi jika sudah biasa tidak menjadi masalah
  • sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, boleh merosakkan gigi bersebelahan

proses pembuatan

  • boleh dibuat seawal sehari selepas pencabutan gigi ( tetapi boleh menjadi longgar jika gusi tersebut mengecut). sebaiknya dibuat selepas gusi menjadi rata ( selalunya lebih kurang sebulan selepas pencabutan gigi. Ada yang lagi cepat dan ada yang lagi lambat)
  • pada temujanji pertama, acuan akan diambil untuk membuat model gigi. Proses ini memang kurang selesa sikit kerana ada benda melekit yang akan melekat pada gigi atas dan kemudian gigi bawah. Kena tunggu dalam 1-2 minit untuk benda melekit ini keras dan barulah akan ditanggalkan dari gigi anda. Gigitan anda akan diambil dengan cara menggigit sekeping lilin lembut. Kemudian warna gigi anda akan diambil.
  • jika gigi yang hendak diganti tidak banyak, dan anda mempunyai gigitan gigi yang stabil, maka gigi palsu anda boleh dapat pada temujanji kedua (biasanya dalam seminggu, tapi jika gigi sedikit boleh diambil seawal 3 hari dan kena bayar lebih sedikit pada lab).
  • jika gigi yang hendak diganti itu banyak ( >5) ataupun gigitan anda tidak stabil, maka anda perlu datang pada temujanji kedua untuk mengambil gigitan. Kemudian temujanji ketiga untuk mencuba gigi palsu itu. Jika anda puas hati, maka pada temujanji keempat anda boleh mendapat gigi anda.


2.  Gigi palsu bertapak besi

Bentuknya sama dengan gigi palsu plastik tetapi tapaknya dibuat dari besi. Boleh menggantikan sebatang gigi hingga sebanyak mana yang dikehendaki

kebaikan

  • lebih selesa berbanding yang plastik kerana tapaknya lebih kecil dan nipis
  • jika jatuh tidak mudah patah

keburukan

  • mempunyai cangkuk yang kadangkalanya nampak semasa senyum
  • mahal sikit dari yang plastik , biasanya harga gigi palsu plastik +350 hingga 400

proses pembuatan

  • seperti gigi palsu plastik, temujanji pertama untuk pengambilan acuan gigi, warna dan juga gigitan ( jika mempunyai gigitan stabil )
  • temujanji kedua untuk mencuba tapak besi beserta gigi.Jika tidak mempunyai gigitan yang stabil, semasa temujanji ni doktor akan mengambil gigitan anda.
  • temujanji ketiga boleh mendapat gigi anda. Ada pesakit yang mencuba tapak besi beserta gigi pada temujanji ini dan pada temujanji keempat mendapat gigi ( terutama kepada pesakit yang tidak mempunyai gigitan yang stabil)


3. Bridge (tanam gigi)

Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu.
bridge

kebaikan

  • sangat selesa, tidak terasa seperti gigi tiruan
  • warna gigi sangat lawa dan berkilat seperti gigi asli kerana diperbuat dari porselin
  • tidak perlu dicabut


Keburukan

  • kena kecilkan gigi bersebelahan
  • harganya agak mahal . Biasanya Rm450 ke atas ( bergantung pada klinik yang anda pergi) sebatang. Jadi jika nak gantikan 1 batang gigi, kena campur 2 gigi bersebelahan = 3 batang. Jika nak ganti 2 batang gigi , campur 2 gigi bersebelahan = 4 batang dan seterusnya. Jadi harga bridge biasanya dalam RM1350 ke atas.
  • jika gigi bersebelahan yang menjadi pegangan bridge goyang, bridge boleh tanggal.
  • kena floss dibawah bridge setiap hari untuk memastikan gusi sihat, jika tidak gigi bersebelahan boleh menjadi rosak.

proses pembuatan

  • temujanji pertama biasanya agak lama sedikit, lebih kurang satu jam. Warna gigi akan diambil, kemudian acuan gigi diambil. Gigi bersebelahan akan dikecilkan dan acuan gigi baru diambil. Gigi sementara akan disarungkan pada gigi-gigi yang dikecilkan.
  • temujanji kedua, bridge boleh disimenkan. Biasanya mengambil masa seminggu sehingga 10 hari bergantung kepada lab.


4. Implan

jika mempunyai puluhan ribu ringgit untuk dilaburkan kepada rawatan gigi, maka implantlah pilihan terbaik. paling sesuai untuk menggantikan sebatang gigi yang tiada atau pun sebagai pegangan gigi palsu penuh bawah. sejenis skru yang dibuat dari titanium akan dibenamkan kedalam tulang dan kemudian akan disambungkan dengan crown (harganya lain dengan harga implan)

kebaikan

  • selesa.
  • tiada gigi yang dikecilkan
  • tulang akan terpelihara, tidak akan menjadi lebih kecil
  • gigi palsu bawah tidak akan bergerak-gerak dan longgar, jadi amat selesa memakainya

keburukan

  • harganya mahal dalam RM5000 satu skru. Ada jenis mini implant yang murah lagi dari implant biasa tetapi ia tidak sebagus implan biasa.
  • tidak semua org sesuai untuk membuat implan. Tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal.
  • proses yang agak lama untuk memastikan skru melekat dengan betul pada tulang.
  • jika tulang tidak memegang implan, maka implan akan longgar dan tercabut.

Biasanya implan dibuat oleh mereka yang pakar membuatnya. Tidak semua doktor gigi boleh membuatnya. Selepas implant di masukkan ke dalam tulang, ia mengambil masa 6-9 bulan untuk bercantum sepenuhnya dengan tulang. Selepas implant sudah kukuh, barulah proses pembuatan crown akan dilakukan. Proses pembuatannya memang agak rumit dah saya memang belum memahiri lagi rawatan ini jadi saya tidak berapa tahu secara detail nya cara bagaimana implan ini dipasang. Tetapi secara amnya, gusi akan dibedah supaya boleh nampak tulang. Kemudian implan akan di skru ke tulang dan gusi ditutup semula. Pesakit kena datang beberapa kali untuk memastikan implan itu melekat dengan tulang.

*sumber dari http://drleen.wordpress.com/2007/10/02/apa-nak-buat-jika-gigi-tiada/

aku ni da la penakut nak jumpa dr gigi..tmbh2 dok tgk gamba org tanam skru dalam gusi kat dlm majalah mase kat naluri..pergh berair mate.. gerun giler..tp pas baca blog dr leen tu, rase nya gigi aku ni leh wat brigde je kot..tak pun kalo leh wat crown pun dah bagus sgt..tak la kena cabut base yg still melekat kat gusi nih..

About these ads